Assalamualaikum,
Selamat Datang.
Anda Perlukan Perkhidmatan
Dokumentasi Hibah & Wasiat?
Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkenaan dokumentasi hibah dan juga wasiat yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Kepakaran WSB berkenaan hibah, wasiat, khairat pusaka dan sebagainya tidak asing lagi sejak tahun 2004. Jom merancang!
Abu Nuha Nuwairah
Menyelesaikan persoalan tentang hibah & wasiat.
Apa Yang Boleh Saya Bantu?
Abu Nuha Nuwairah merupakan graduan daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh dalam bidang Syariah Islamiyyah.
Pengajian selama 7 tahun di Riyadh dan penglibatan Abu Nuha di dalam bidang pewarisan di Malaysia dengan mengabungkan 2 ilmu besar iaitu secara teori dan praktikal. Secara tidak langsung memberikan pengalaman dan solusi terbaik kepada masyarakat.
Memberikan solusi dokumentasi hibah mengikut undang-undang.
Wasiyyah Shoppe Berhad telah berjaya membuat lebih 400 kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. Abu Nuha sebagai Daie Mawarith WSB dapat membantu tuan puan berkaitan dokumentasi hibah.
Memberikan solusi dokumentasi wasiat termasuk pelantikan wasi dan sebagainya.
Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan dokumentasi wasiat bagi memudahkan pengurusan pusaka selepas kematian. Begitu juga senarai aset dan hutang membantu tuan puan membuat perancangan yang betul.
Menyediakan khidmat nasihat yang selari dengan syariat.
Abu Nuha akan memberikan panduan mengikut akta-akta dan enakmen yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan juga menerangkan semua instrumen menurut syariat.
Berlaung di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad, Syarikat Amanah No1 di Malaysia.
Abu Nuha akan memberikan solusi mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh WSB dan mereka mempunyai panel syariah yang berpengalaman bagi memastikan segala tindakan yang dibuat tidak bercanggah dengan syariat dan juga undang-undang.
Merupakan tenaga pengajar dan guru faraid.
Abu Nuha merupakan seorang guru faraid di Pondok Sungai Durian dan juga tenaga pengajar bagi Team Puan Umi serta bergiat aktif menyebarkan penulisan tentang pewarisan di media sosial dan juga laman website ini.
Al-Wasitah (Khairat Pusaka)
Pencerahan tentang khairat pusaka yang akan menguruskan harta pusaka, khutbah pusaka, dokumen wasi dan lain-lain secara percuma. Yuran penyertaan serendah RM50 sahaja.
Pengurusan Pusaka
Penerangan tentang pengurusan pusaka yang akan diuruskan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Kos pengurusan ini serendah RM3500 sahaja.
Dokumentasi Wasiat
Penerangan tentang wasiat dan hukum hakam berkaitan dengannya secara terperinci supaya hasrat yang diingin tercapai. Kos dokumentasi wasiat serendah RM300 sahaja.
Dokumentasi Hibah
Penerangan tentang hibah dan pelaksanaanya selari dengan hibah yang dianjurkan di dalam Islam. Kos dokumentasi ini serendah RM1,600 sahaja.
Semakan Waris & Pengiraan Faraid
Pencerahan secara percuma oleh Abu Nuha secara terperinci dan pelanggan memahami untuk tindakan yang sepatutnya dilakukan.
Misi & Visi
Membantu Seramai Mungkin Umat Islam
Satu tanggungjawab untuk memberi pencerahan dan ilmu untuk perancangan pewarisan harta Islam bagi mengelakkan harta beku bertambah di Malaysia.
Saban hari masalah umat Islam bertambah apabila melibatkan harta pusaka. Saya tepuk dada bertanya diri, “Jika bukan aku sebagai orang yang mempelajari ilmu syariah, siapa lagi kita harapkan?” Saya sahut cabaran, “Aku mesti tolong orang kita!.”
Out of 5
Hibah dan Faraid
Alhamdulillah, saya telah mendapat penerangan yang jelas dan terperinci tentang hibah dan Faraid, serta cara mana yang perlu dibuat untuk memudahkan urusan selepas kematian. Alhamdulillah, jazakallah Ustaz Abu Nuha di atas perkongsian. Semuga menjadi jariah yang berpanjangan, insyaallah.
Good Islamic Inheritance Advisor
Solusi Pusaka by Abu Nuha Nuwairah is a good Islamic Inheritance Advisor, who create awareness to me and among housewife in Malaysia regarding islamic inheritance.