Peranan Grant of Probate (GP) & Borang 14A Dalam Pewarisan Hartanah

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Isi Kandungan

Pengenalan

Dalam sistem pewarisan harta di Malaysia, pengurusan dan pemindahan harta pusaka tidak terhenti hanya dengan perolehan perintah Mahkamah seperti Grant of Probate (GP). Terutama dalam kes yang melibatkan hartanah, terdapat prosedur tambahan yang mesti dipatuhi mengikut Kanun Tanah Negara.

Artikel ini menjelaskan hubungan antara GP dan Borang 14A, serta mengapa kedua-duanya penting dalam memastikan hak milik hartanah dapat dipindah milik secara sah.

Apa Itu Grant of Probate (GP)?

Grant of Probate ialah satu perintah rasmi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil.

Ia memberi kuasa kepada wasi (pentadbir yang dinamakan dalam wasiat) untuk mengurus dan mengagihkan harta pusaka si mati menurut kandungan wasiat tersebut.

Proses permohonan GP hanya berlaku apabila si mati meninggalkan wasiat yang sah.

Dokumen yang diperlukan termasuk:

  • Salinan sijil kematian.
  • Salinan wasiat asal.
  • Penyata aset dan liabiliti si mati.
  • Surat sokongan lain.

Fungsi Grant of Probate

Memberi kuasa sah kepada wasi untuk:

  • Mengakses akaun bank si mati.
  • Menjual atau mengurus pelaburan si mati.
  • Mengurus hartanah termasuk hartanah berdaftar.
  • Menyelesaikan hutang si mati.

Namun, GP tidak secara automatik menukar hak milik hartanah kepada penerima wasiat. Wasi bertindak wakil dalam hak milik untuk masukkan nama yang dinyatakan dalam wasiat.

Apa Itu Borang 14A?

Borang 14A adalah borang rasmi pindah milik hak milik tanah seperti yang ditetapkan dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Digunakan untuk memindahkan nama pemilik dalam geran hartanah daripada nama si mati kepada penerima baru.

Proses ini dilakukan di Pejabat Tanah yang berkenaan.

Kenapa Borang 14A Diperlukan Walaupun Sudah Ada GP?

GP hanya memberi kuasa pengurusan, bukan kuasa pemilikan ke atas harta secara automatik.

Untuk hartanah, pemilikan hanya dianggap sah dari segi undang-undang apabila:

  • Nama penerima telah didaftarkan dalam geran melalui Borang 14A.
  • Tanpa Borang 14A, hartanah kekal di bawah nama si mati walaupun GP telah dikeluarkan.

Proses Pindah Milik Hartanah Dengan Borang 14A

Pertama, wasi memperoleh GP daripada Mahkamah Tinggi.

Kedua, wasi menyediakan dokumen sokongan seperti:

  • Salinan GP.
  • Salinan geran hartanah.
  • Salinan kad pengenalan penerima.
  • Surat akuan penerima (jika diperlukan).

Ketiga, mengisi Borang 14A di Pejabat Tanah.

Keempat, Pejabat Tanah akan memproses pindah milik dan mengemaskini geran kepada nama pemilik baru.

Kelima, bayaran duti setem* dan yuran Pejabat Tanah mungkin dikenakan.

*Duti setem nominal, bukan ad valorem sebab pindah milk ‘pursuant to the will’.

Adakah Wasiat Dikira Pindah Milik?

Ya, ia dikira masih lagi pindak milik, tapi kuasa wasi itu yang menggantikan si mati.

Hal ini selari dengan takrifan wasiat iaitu perberian masa hidup dan berkuat kuasa selepas mati.

Hubungan GP dan Borang 14A

GP: Kuasa undang-undang untuk mentadbir harta pusaka.

14A: Dokumen rasmi untuk pindah milik hak hartanah.

Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dalam proses pewarisan hartanah.

Alternatif Tanpa Borang 14A

Terdapat beberapa keadaan di mana Borang 14A tidak diperlukan, contohnya:

Pertama, Pejabat Pusaka Kecil.

Pegawai pusaka akan mengeluarkan Perintah Pembahagian (Borang E).

Perintah ini boleh terus digunakan untuk turun milik di Pejabat Tanah, tanpa perlunya Borang 14A.

Kedua, Mahkamah Tinggi Sivil.

Jika tidak melalui GP, mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perletakhakan (vesting order).

Perintah ini juga menggantikan keperluan Borang 14A untuk pindah milik.

Kesimpulan

Dalam konteks pewarisan harta pusaka Islam di Malaysia, Grant of Probate dan Borang 14A memainkan peranan yang saling melengkapi dalam kes wasiat. GP membolehkan wasi bertindak secara sah, manakala Borang 14A membolehkan pemindahan hak milik hartanah secara rasmi.

Namun, ada situasi tertentu seperti hibah, harta sepencarian, atau melalui Mahkamah Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi (vesting order), di mana Borang 14A tidak diperlukan, dan pindah milik boleh dilakukan terus melalui perintah rasmi mahkamah.

Wasiat bertujuan memudahkan kerja wasi agar tidak perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk setiap aset, tetapi jika berlaku kekurangan dalam wasiat, atau ada harta yang tidak dinyatakan, proses mahkamah tetap diperlukan. Oleh itu, pemahaman mendalam tentang instrumen perundangan ini penting bagi memastikan urusan pewarisan berjalan lancar dan sah.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang perancangan dan solusi harta ini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?