Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Univerisiti Islam Imam Muhammad Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
Perbezaan Masa
Ramai yang salah faham tentang hibah. Ada yang mengatakan hibah bertujuan lari daripada faraid.
Hibah, wasiat dan faraid semuanya wujud di dalam syariat dan dibenarkan di dalam Islam.
“Kami lihat hibah bertujuan untuk lari daripada faraid”
Itu adalah satu salah faham. Yang menjadikan lari daripada faraid adalah niat. Bukan sekadar hibah sahaja, waqaf, sedekah dengan tujuan lari daripada faraid juga adalah satu kesalahan.
Maka perbetulkan niat!
Hibah kerana kasih sayang.
Waqaf, sedekah kerana kebajikan dan mengharapkan pahala daripada Allah.
Tuan puan boleh rujuk gambar rajah, hibah tidak wujud selepas mati dan faraid juga tidak wujud masa hidup. Jika ada orang nak hibah lepas mati, itu mustahil kerana pemilik sudah meninggal. Jika nak faraidkan harta masa hidup, itu mustahil disebabkan ia bukan pusaka.
Moga jelas.
Penutup
Jika tuan puan perlukan khidmat konsultansi percuma tentang perancangan harta, bolehlah hubungi Abu Nuha.