fbpx
Perancangan Harta

Dokumentasi Hibah

Penyediaan dan Perlaksanaan Dokumen Hibah

Wasiyyah Shoppe Berhad dikenali sebagai pelopor kepada hibah di Malaysia dengan perintah pengesahan hibah yang pertamanya diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar pada 2005. Sehingga hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad telah memperolehi lebih dari 400 perintah pengesahan hibah dari hampir kesemua negeri di dalam Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dokumen hibah yang terbanyak dan paling berpengalaman di Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kepakaran menyediakan hibah bagi hartanah, hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.

Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.

Golongan-Golongan Kritikal Yang Memerlukan Hibah

Pasangan Suami Isteri Yang Tidak Mempunyai Anak

Bahagian isteri hanyalah ¼ sahaja mengikut hukum faraid manakala bakinya ialah milik ibubapa si mati atau adik beradik si mati jika bapanya telah meninggal dunia lebih awal. Begitu juga bahagian suami ½ daripada pusaka jika tiada anak. Seringkali perbalahan berlaku di antara adik beradik dan pasangan si mati.

Ini kerana sekiranya bapa si mati telah meninggal dunia lebih awal, harta pusaka menjadi milik ibu (jika masih ada), pasangan, anak-anak perempuan dan adik beradik si mati. Kemungkinan hasrat si mati untuk berikan rumah dll tidak kesampaian kerana hak berkongsi sesama waris. 

Mengikut pembahagian fariad anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian. Namun ibu bapa dalam masa yang sama menyayangi kedua-dua anak lelaki dan perempuan sama rata dan berhasrat juga hartanya dibahagikan secara sama rata kepada semua anak-anak. 

Jika salah seorang dari peminjam bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut adalah harta pusakanya yang mengikut hukum faraidnya dan waris-waris mempunyai hak. Sekiranya ibubapanya masih hidup ketika itu, maka selain pasangan dan anak-anak, ibubapanya juga mempunyai hak sebanyak 1/6 setiap seorang ke atas rumah tersebut. Jika ibubapanya meninggal dunia selepas itu, 1/6 bahagian setiap ibu atau bapa ini, akan diwarisi pula oleh adik beradik simati. Ini bermakna pasangan, anak-anak dan adik beradik si mati akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!

Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri, jika suami mempunyai anak , bahagian isteri ialah 1/8. Namun jika terdapat 2 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/16 bahagian. Jika terdapat 3 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/24 bahagian dan jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira isteri yang pertama atau keempat.

Pasangan Yang Mempunyai Anak OKU

Hukum faraid tidak pernah membezakan anak normal dan anak OKU. Ia hanya membezakan anak lelaki dan perempuan sahaja. Selalunya anak OKU berkeperluan untuk lebih harta kerana dia tidak mampu memperoleh pendapatan dan menjaga dirinya sehingga ke penghujung hayat. 

Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun. Harta yang berhak ke atas anak-anak ini akan dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik mahkamah. Sekiranya pemegang amanah ini menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak-anak ini akan terbela. Sekiranya sebaliknya, nasib anak-anak ini akan terjejas.

Rumah yang dimiliki oleh suami atau isteri, apabila mereka meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pinjaman perumahan yang masih tertunggak. Walaupun kebanyakan pinjaman perumahan mempunyai insuran atau takaful MRTA/MRTT, didapati dalam kebanyakan keadaan, baki pinjaman tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insuran / takaful ini. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pinjaman dan selepas ia diselesaikan, waris-waris lain seperti ibubapa  jika hidup ketika peminjam mati) atau adik beradik (jika tiada anak lelaki) tetap mempunyai hak ke atas rumah ini.

Apabila keadaan ini berlaku, sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dan isteri baru suami. Anak-anak akan sentiasa menganggap bahawa isteri muda ayah mereka hanya berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka dan sebaliknya.

Ini kerana anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibu bapa angkatnya. Ini bermakna semua harta pusaka adalah milik ibu bapa si mati atau ibu dan adik beradiknya jika bapa telah meninggal dunia lebih awal.​ Barangkali kebajikan anak angkat terabai dengan pemergian ibu bapa angkatnya.

Solusi Perkhidmatan Yang Diberikan

Pasangan Suami Isteri Yang Tidak Mempunyai Anak

Pasangan ini boleh saling menghibahkan harta masing-masing kepada pasangan. Apabila mati, harta suami menjadi milik isteri sepenuhnya dan juga sebaliknya. Ini menjamin kebajikan pasangan terjaga.

Apabila harta dihibahkan kepada anak-anak perempuan, ia terkeluar dari harta pusaka dan tidak terikat dengan hukum faraid. Anak perempuan akan memiliki harta yang dihibahkan tanpa campur tangan waris-waris lain seperti adik beradik si mati.

Ibubapa yang ingin membahagikan hartanya secara sama rata di antara anak lelaki dan anak perempuan boleh menggunakan kaedah hibah. Contoh 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan dihibahkan rumah pada kadar yang sama iaitu ½ bahagian untuk anak lelaki dan ½ bahagian untuk anak perempuan. Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya hibah ini telah dibuat ke atas rumah tersebut kerana ia adalah pemberian masa hidup dan berkuatkuasa masa hidup.

Kedua-dua suami dan isteri yang memiliki ½ bahagian dari rumah setiap seorang boleh menghibahkan rumah bahagian mereka kepada anak-anak. Contohnya pasangan mempunyai 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Suami boleh menghibahkan ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu tidak akan menjadi harta pusaka dan diagih kepada waris mengikut hukum faraid, sebaliknya akan dimiliki terus oleh kedua-dua anak itu. Begitu juga isteri menghibahkan ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila meninggal, ½ bahagian itu akan menjadi milik kedua-dua anaknya. Berbeza pembahagian melalui faraid yang mana nisbah pembahagian anak lelaki dan anak perempuan ialah 2:1.

Suami boleh secara spesifik menghibahkan harta-harta yang dikehendakinya kepada isteri pertama atau isteri-isteri yang lain. Kesemua isteri akan menerima harta yang dihibah (semasa hidup) dan bahagian di dalam faraid (selepas kematian). Suami boleh secara adil menghibahkan bahagian yang lebih kepada isteri pertama berbanding isteri lain sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dll.

Pasangan Yang Mempunyai Anak OKU

Ibubapa boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anak OKU ini dan melantik seorang pemegang amanah harta yang dipercayai. Pemegang Amanah ini akan menggunakan harta ini bagi kepentingan anak OKU ini. Dengan cara ini, kebajikan anak OKU lebih terjamin.

Sekiranya suami isteri meninggal dunia serentak dan masih mempunyai ibubapa, anak-anak yatim ini akan berkongsi harta pusaka dengan datuk & nenek. Jika datuk & nenek pula meninggal dunia sebelum anak-anak ini berumur 18 tahun, bahagian datuk & nenek akan diwarisi oleh ibu/bapa saudara. Hibah kepada anak-anak ini akan menyelesaikan isu pewarisan berlapis yang kompleks.

Melalui kaedah hibah, suami yang memiliki rumah yang masih dalam pinjaman boleh menghibahkan rumahnya kepada pasangannya. Walaupun ada baki pinjaman tertunggak, pasangan akan dengan rela hati berusaha membayarnya kerana dia tahu rumah itu sudahpun menjadi milikinya.

Suami boleh menghibahkan sebahagian hartanya kepada isteri baru dan juga kepada anak-anak. Ini memastikan nasib isteri lebih terjamin kerana dia akan menerima harta yang dihibah dan juga bahagian faraidnya sebanyak 1/8. Anak-anak juga rasa selamat kerana mereka menerima juga harta yang dihibahkan dan bahagian mengikut faraid. Ini mengelakkan konflik berpanjangan di antara isteri muda dan anak-anak suami.

Maklum bahawa anak angkat tidak memperoleh harta melalui faraid. Oleh itu, hibah adalah jalan keluar jika ibu dan ayah angkat ingin berikan sebahagian hartanya bagi menjaga kebajikannya setelah ketiadaan mereka. Pemberian kepada anak angkat boleh diberikan melalui hibah atau wasiat yang tidak lebih 1/3. Jika ibu ayah ingin berikan lebih 1/3, maka hibah adalah pilihan yang tepat. 

8 Keistimewaan Hibah Di Wasiyyah Shoppe Berhad

Format Diluluskan Oleh Panel Syariah

Format diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman puluhan tahun sebagai pakar fiqh mawarith, hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan pegawai Pejabat Pusaka kecil.

Perlaksanaan Hibah

Perlaksanaan hibah Wasiyyah Shoppe Berhad dibuat sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Syariah tetapi dalam masa yang sama selari dengan undang-undang sivil yang terkait dengan harta yang dihibah.

Harta Masih Dalam Pinjaman

Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu membuat hibah bagi harta yang masih di dalam pinjaman bank. Satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh membantu masyarakat membuat Hibah harta bercagar.

Harta Tidak Perlu Dipindah Milik

Harta tidak perlu dipindah milik kepada penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Tiada keperluan untuk pindah milik harta berlaku ketika hidup pemberi hibah.

Hibah Boleh Ditarik Balik

Hibah yang diberikan kepada anak, cucu, cicit (nasab keturunan) boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Penarikan hibah selain nasab keturunan perlu kepada keizinan mereka.

Penerima Hibah Meninggal Dunia

Sekiranya penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu, hak ke atas harta yang dihibah akan dipulangkan semula kepada pemberi hibah.

Format Diluluskan Oleh Panel Syariah

Atas persetujuan kedua-dua pihak pemberi dan penerima hibah, hibah boleh diletakkan syarat seperti selagi pemberi masih hidup dia boleh menetap di rumah yang dihibahkan.

400 Perintah Pengesahan Hibah

Keberkesanan hibah yang disedia & dilaksanakan Wasiyyah Shoppe Berhad telah terbukti bila lebih dari 400 perintah pengesahan hibah telah diperolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Semenanjung Malaysia.

Dokumentasi hibah boleh dilaksanakan secara fizikal yang mana pemberi dan penerima berijab qobul di dalam satu majlis serta memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah. Kini satu pilihan yang lain di mana dokumentasi hibah boleh dilakukan secara digital. Walaupun pemberi dan penerima berada di tempat berlainan, akad hibah masih boleh dilaksanakan.

Kini Hibah Boleh Dibuat Secara Digital

Dokumentasi Hibah Secara Digital Mudah & Cepat

Perkembangan teknologi zaman kini dan penerimaan dari segi undang-undang memudahkan semua pihak. Kini Wasiyyah Shoppe Berhad telah membangunkan satu platform digital pertama di dunia untuk dokumentasi hibah secara tidak langsung meraikan perkembangan dunia tanpa kertas (paperless). Walaupun pemberi dan penerima berjauhan, dokumentasi hibah digital tetap dapat dilaksanakan. Yang lebih penting ialah ia diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pengesahan hibah. Oleh itu, hibah digital adalah pilihan yang tepat bagi menjaga bukti untuk pengesahan hibah kelak. Jom pilih WSB sebagai pihak yang menyediakan dokumentasi hibah untuk tuan puan!

Siapa Yang Boleh Bantu Anda?

Kenali Abu Nuha Nuwairah

Nama sebenar ialah Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir. Kelahiran Terengganu tetapi asal Kelantan. Sejarah pengajian:

  1. Pasti (1999-2000).
  2. Sekolah Kebangsaan Hamzah (1) (2001-2002).
  3. Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat (2003).
  4. Sekolah Kebangssan Seri Ketereh (2004-2006).
  5. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulai Chondong (2007-2012).
  6. Universiti Kuwait (2013).
  7. Kolej Yayasan Islam Kelantan (2014).
  8. Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh (2015-2022) .
  9. Kolej Universiti Islam Perlis (2023)
  10. Universiti Sains Malaysia (2024).

Kini Abu Nuha bertugas sepenuh masa sebagai Tenaga Pengajar di Pondok Sungai Durian dan juga Staf Yayasan Pondok Sungai Durian. Abu Nuha juga sedang menyiapkan tesis master di Universiti Sains Malaysia dalam bidang mualamat berkaitan dengan dengan hibah. Di samping itu, Abu Nuha merupakan Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad (No ID: 62903) yang membantu masyarakat dan memberi solusi berkaitan pewarisan sejak tahun 2022. 

Apakah Tindakan Seterusnya?

Dapatkan konsultansi daripada Abu Nuha Nuwairah untuk mengetahui tindakan seterusnya secara komprehensif. Isi maklumat berikut, Insya Allah Abu Nuha akan hubungi secepat mungkin.

Konsultansi Hibah

Harga: RM10.00

Nota: Mengapa saya kenakan bayaran? Ramai di luar sana tidak menghargai ilmu yang ingin disampaikan. Ada yang batalkan temujanji di saat akhir walaupun sudah beberapa kali berjanji. Disebabkan ilmu ini mahal, Abu Nuha kenakan sedikit bayaran. Jikalau tuan puan serius untuk dapatkan konsultansi dan inginkan balik duit tersebut, saya akan pulangkan (by request) setelah temujanji dilaksanakan.

Scroll to Top
Perlukan Solusi?