fbpx

Apakah Beza Adanya Wasiat Pentadbiran (Wisoyah) Atau Tiada?

Saya Abu Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan berkaitan dengan pewarisan.

Perkongsian kali ini berkaitan dengan wasiat pentadbiran yang dipanggil wisoyah.

Apabila terdapat wisoyah (wasiat) yang sah, Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan Geran Probet tanpa mengira nilai harta pusaka. Ini berbeza dengan kes harta pusaka tanpa wasiat di mana bidang kuasa mungkin bergantung kepada nilai harta tersebut.

Amanah Raya dan Pejabat Pusaka Kecil tiada kuasa untuk mengeluarkan geran probet sepertimana di Mahkamah Tinggi Sivil.

Proses Wasiat (Wisoyah) yang Sah

Pengeluaran Geran Probet

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan Geran Probet yang melantik wasi (executor) yang dinamakan dalam wasiat untuk mentadbir harta pusaka.

Geran Probet adalah dokumen rasmi yang memberi kuasa kepada wasi untuk menguruskan dan mengagihkan harta pusaka mengikut wasiat si mati.

Tidak Mengira Nilai Harta

Dalam kes wasiat yang sah, nilai harta tidak mempengaruhi bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil. Ini bermakna walaupun harta pusaka bernilai rendah, Mahkamah Tinggi tetap berkuasa mengeluarkan Geran Probet.

Ini kerana pelantikan wasi melalui wasiat dianggap penting dan memerlukan pengesahan oleh Mahkamah Tinggi Sivil untuk memastikan wasiat si mati dihormati dan dilaksanakan dengan betul.

Proses Harta Pusaka Tanpa Wasiat

Nilai Harta Pusaka

Apabila tiada wasiat, nilai harta pusaka menjadi faktor utama dalam menentukan institusi yang akan mengendalikan proses pentadbiran harta. Surat Kuasa Mentadbir boleh dimohon di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Namun ketiga-tiga tempat ini tuan puan boleh memilih salah satu mengikut ciri dan jenis harta yang dimiliki. Sekiranya ada harta alih sahaja yang tidak melebihi RM600,000, maka tempatnya Amanah Raya. Sekiranya ada harta alih dan harta tak alih yang tidak melebihi RM2 juta (akan berkuatkuasa RM5 juta), maka tempatnya adalah Pejabat Pusaka Kecil. Sekiranya ada harta alih dan tak alih melebihi RM2 juta (akan berkuatkuasa RM5 juta), maka surat kuasa akan dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Sivil.

Pentadbiran Tanpa Wasiat

Tanpa wasiat, proses pentadbiran harta pusaka perlu melalui permohonan Surat Kuasa Mentadbir.

Pemohon perlu membuktikan hubungan dengan si mati dan nilai harta pusaka.

Surat Kuasa Mentadbir memberi kuasa kepada pentadbir yang dilantik untuk menguruskan dan mengagihkan harta pusaka mengikut hukum faraid atau undang-undang yang terpakai.

Kepentingan Mahkamah Tinggi Dalam Kes Wasiat

  • Pelantikan Wasi: Mahkamah Tinggi memastikan wasi yang dinamakan dalam wasiat adalah orang yang layak dan sesuai untuk mentadbir harta pusaka.
  • Pelaksanaan Wasiat: Mahkamah Tinggi memastikan kehendak si mati dilaksanakan dengan betul dan tidak bercanggah dengan undang-undang.

Kesimpulan

Dengan adanya wisoyah yang sah, proses pentadbiran harta pusaka menjadi lebih teratur dan mengikut kehendak si mati, sekaligus memastikan hak waris dan pihak berkepentingan dilindungi. Tuan puan boleh baca kepentingan pelantikan wasi. (Tekan sini)

Penutup

Alhamdulillah, berakhirnya perkongsian saya berkaitan dengan wasiat pentabiran. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya tuan puan berhasrat untuk membuat perancangan harta, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha untuk tindakan selanjutnya.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?