fbpx

Penjelasan: Adakah Sah Hibah Orang Yang Sedang Tidur Atau Pengsan?

Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.

Hibah Orang yang Tidur dan Pengsan

Hibah orang yang tidur dan orang yang pengsan tidak sah menurut kesepakatan keempat mazhab.

Dalil-dalil

  1. Hadis Nabi: Riwayat Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Diangkatkan pena daripada tiga golongan: daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia baligh, dan daripada orang gila sehingga dia berakal.”
    • Penjelasan: Orang yang tidur tidak dikenakan tanggungjawab atas perbuatannya sehingga dia bangun. Oleh itu, hibah yang dibuat dalam keadaan tidur tidak sah.
  2. Qiyas (Analogi): Orang yang pengsan disamakan dengan orang yang tidur kerana kedua-duanya kehilangan kesedaran. Maka, hibah orang yang pengsan juga tidak sah.

Kesimpulan

Dengan ini telah jelas bahawa hibah yang dibuat oleh orang yang tidur atau pengsan tidak sah kerana mereka tidak memiliki kesedaran untuk membuat keputusan yang sah.

Penutup

Alhamdulillah, berakhirlah terjemahan dan ringkasan yang dibuat berdasarkan penulisan Dr Khalid. Tuan puan boleh tekan di sini untuk bacaan asal. Semoga bermanfaat.

Langgan Informasi

Jom langgan informasi tentang pewarisan dan solusi pusaka terkini secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?