Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan dengan pewarisan.
Isi Kandungan
2 Langkah Mudah Bagi Dokumentasi Hibah
Dokumentasi hibah semakin hangat diperkatakan di dalam masyarakat.
Membuat dokumen hibah saja tidak cukup untuk menjamin keinginan pembagian harta tuan puan terlaksana. Ramai yang membuat “sendiri-sendiri” dokumentasi tersebut dek mahu jimatkan kos, akhirnya dokumentasi tersebut tidak terguna pakai. Inilah fakta yang sering tidak diketahui banyak orang.
Agar dokumen hibah dnda sah dan efektif, perlu melalui proses perundangan tertentu sebelum penerima hibah dapat menerima harta yang tuan puan hibahkan. Berikut adalah dua langkah penting yang harus tuan puan perlu ikuti:
Langkah 1: Pilih Perkhidmatan Yang Terbukti.
Tuan puan perlu pastikan pihak yang menyediakan dokumentasi hibah berpengalaman dalam urusan hibah dan memiliki trek rekod perkhidmatan yang terbukti. Kita bimbang dokumentasi dibuat pada masa kini, apabila ingin lalukan pengesahan hibah, syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut hilang dari radar.
Tahukah tuan puan bahawa proses penyediaan dokumentasi hibah hanya mencakupi 30% dari keseluruhan proses, sedangkan 70% lagi adalah pelaksanaannya!
Wasiyyah Shoppe Berhad memberikan jaminan ini karena WSB adalah penyedia dan pelaksana dokumen hibah terbesar dan paling berpengalaman di Malaysia, dengan trek rekod terbukti sejak 2004. WSB telah mendapatkan ratusan perintah hibah dari Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.
Langkah 2: Pastikan Kelangsungan Organisasi.
Tuan puan perlu pastikan juga bahwa organisasi yang tuan puan pilih akan tetap ada setelah ketiadaan tuan puan. Ini karena saat itulah penerima hibah tuan puan memerlukan bantuan untuk melalui semua proses perundangan. Jika penyedia dokumen tersebut tidak lagi ada atau tutup operasi, penerima hibah akan hadapi kesulitan!
Wasiyyah Shoppe Berhad juga memberikan jaminan ini kerana di bawah Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah, Wasiyyah Shoppe Berhad tidak dapat menutup operasi kecuali dengan izin Mahkamah.
Jangan hanya membuat dokumen hibah untuk sekadar “ada” sahaja bahkan tuan puan perlu mengikuti dua langkah penting ini untuk menjamin pemberian hibah.
Penutup
Alhamdulillah, itulah sedikit perkongsian tentang cara untuk pastikan dokumentasi terguna pakai untuk pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. Perkongsian ini berdasarkan perkongsian oleh Tuan Haji Ariffin Sabirin selaku CEO Wasiyyah Shoppe Berhad. Sekiranya tuan puan mempunyai hasrat, tuan puan boleh hubungi Abu Nuha (+6014-5241281).